intllib/README-ms.md

1.4 KiB

Pustaka Pengantarabangsaan untuk Minetest

Oleh Diego Martínez (kaeza). Diterbitkan bawah Unlicense. Lihat LICENSE.md untuk maklumat lanjut.

Mods ini ialah usaha untuk menyediakan sokongan pengantarabangsaan untuk mods (sesuatu yang Minetest tiada ketika ini).

Jika anda ada komen/cadangan, sila tulis di dalam topik forum. Untuk melaporkan pepijat, gunakan penjejak pepijat Github.

Bagaimana cara gunanya

Jika anda pemain biasa yang mencari teks terjemahan, hanya pasangkan mods ini seperti mods lain, kemudian bolehkannya melalui GUI.

Mods ini cuba untuk mengesan bahasa anda, tetapi kerana tiada cara mudah alih untuk melakukannya, ia cuba beberapa cara lain:

  • Tetapan language di dalam fail minetest.conf.
  • Pembolehubah sekitaran LANGUAGE.
  • Pembolehubah sekitaran LANG.
  • Jika semua di atas gagal, ia gunakan en.

Dalam apa jua keadaan, hasil akhirnya sepatutnya menjadi Kod Bahasa ISO 639-1 untuk bahasa yang dikehendaki.

Pembangun mods

Jika anda seorang pembangun mods yang ingin menambah sokongan pengantarabangsaan kepada mods anda, sila lihat doc/developer.md.

Penterjemah

Jika anda seorang penterjemah, sila lihat doc/translator.md.